Friday, September 11, 2009

KaU yG sAtU.....

Wrote by Lynn Easyanz at 12:15 PM
salam..hehe..pergh hari nie jer dua post skali aku tulis ha..tu ar..kalo dh mud nk berblog..xleh la..skit2 nk masuk blog..tp kalo dh xde mud tuhh...jgnkan tulis..baca blog pun maleh..haha..anyway skang kol 12.15pm..aku baru jer smpai umah dr kelas td..td tulis satu time dlm kelas nie dh blk...erm..xda ape nk crita kali nie cume nk kongsi satu crita..pasal sumone yg aku btol2 rasa kehilangan dia..even xknal rapat..aku sempat kenal peribadi dia yg sebenar secara personal...jom..baca crita nie:-


Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….
ASRI: Assalammualaikum! Man, anta kat mane?
AKU: Kat syurga… hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)
ASRI: Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)
AKU: Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)
ASRI: Dah! Dah! Jadi tak jumpe?
AKU: Jadi. Kenape?
ASRI: Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani. Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…
AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?
ASRI: O.k! Insya’ALLAH
Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.
AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni
ASRI: Album mane ni?
AKU: Kan kita ade dua album yang belum release lagi. Satu, yang amalan orang-orang melayu. Satu lagi yang Ratib Hadad tu.
ASRI: Abis anta kuar mane dulu?
AKU: kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?
ASRI: mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu. Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.
AKU: Anta tahu title album ni
ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.
AKU: Amalan Perisai Ghaib!
ASRI: Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.
AKU: mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..
ASRI: Amin!!!!
Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.
ASRI: Man, anta nak tengok ana ghaib tak?
AKU: Cubalah…….hehehe
ASRI: Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….
Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…
AKU: Hah!? Nak pi mana pulak tu???
ASRI: Tandas lah! Ni ghaiblah ni. Ghaib dari mata anta…(tersengih)
AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali. Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.
ASRI: Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?
AKU: cantikkkk! Apa dia?
ASRI: Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?
AKU: Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe
Tawa kami berderai lagi….. Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.
ASRI: Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta. Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat. Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…
AKU: Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.
Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.
ASRI: man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan? Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta. Meh! Sini kita tangkap gambar jap…
AKU: hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni
ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!
Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.
“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.
Ya ALLAH benar kah semua ini? Mimpikanlah ini semua!!!!!”
Takziah sekali lagi kepada keluarga Allayarham. Orang kata, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Permergian Allayarham Ustaz Asri Ibrahim amat-amat dirasai. Ustaz Asri, damailah engkau di sana. Al-Fatihah.


ITULAH DIA USTAZ ASRI IBRAHIM YG KINI PERGI TAK KEMBALI:(








actually 'aku' dlm dialog di atas nie bknlah aku ok..huhu..tp rakan kepada ustaz asri..serius bace crita nie aku sedih giler....first dpt brita ttg pemergian dia baru2 nie time tuh..tv,brita pun xmsuk lg..aku tau dr kwn2 nasyid..mmg xleh nk trima..n susah nk percaya..tp bila aku tggu brita tv3 jam 1.30pm hari tu..baru lah aku percaye...sedih yg amat:(..Allahyarham adalah seorg penasyid yg betul2 penasyid..knp aku ckp mcm tuh??hanya yg mengenali Allahyarham jer yg paham..huhu...even smpai hari nie pun aku still sedih tiap kali kalo ingt pasal Allahyarham..smoga rohnya dicucuri rahmat dan di tptkan bersama para solihin..damailah kau di sana.amiin.............................................................

1 comments:

Sang Arjuna said...
This comment has been removed by the author.
 

Design by LyNn Easyanz