Tuesday, June 27, 2006

jadikan iktibar kita bersama..renung2kanlah...

Wrote by Lynn Easyanz at 1:55 PM
tak der ape pun nk aku tulis arini..cume terbace satu artikel ni dr satu forum dan aku rase cam best jerk kalo aku share dgn korg sumer..erm..ape lagi..jom bace...



Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan
neraka itu jua benar...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di
salah sebuah hospital yang saya sendiri tidak tahu mengapa saya di tempatkan di sini. Sebelum
tu, yang saya ingat saya sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi
selepas itu saya tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-
orang yang berada di sekelilingku. saya terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku
sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap... Asyhaduallailahaillallah.."
ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang
pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam
mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" saya amati suara itu. Pasti itu suara abang.
Mungkin abang baru sampai. "Tenat" jawab doktor dengan ringkas.

Itu kata doktor, Bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha. Sudah
seminggu saya terlantar di wad ini, Kenapa baru sekarang Abang menjengah? Datanglah ke
sini. saya ingin berbicara denganmu. Datanglah... Tapi mataku... Semakin gelap. Adakah saya
sudah buta? Tidak!!!! saya tidak mahu buta. saya masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang saya
tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, Abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan
mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah," Sayup-sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga
Ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita
akan berpisah. Tapi, Ibu... saya tidak mahu berpisah denganmu.

Tolonglah Ibu, selamatkanlah daku. "Yassin...", Bacaan Yassin terngiang-ngiang di telingaku.
saya tahu itu suara abang. Tetapi Kenapa saya diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah saya
sudah menghampiri maut??????? saya takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut
datang. saya di ambang sakaratul maut... saya semakin tegang dan semakin sendat nafas di
dada. Ketika itu. saya tidak ingat apa-apa lagi. saya tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi
yang pastinya sekarang. saya berdepan dengan sakaratul maut.

Tolong, Ibu, tolonglah saya. saya takut... Tapi rintihanku tidak dipedulikan. Apa mereka semua
sudah pekak. saya dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan... Panas,
dahaga, haus, panas... Tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang... Nenek...

"Kau dahaga Cu, kau lapar Cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau Cucu mahu masuk
syurga, minum air ini."

Ibu... Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, Nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama Yahudi..."



Ayah... kau datang, Ayah... "Matilah dalam agama Yahudi, Anakku, matilah dalam agama
Nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga."

Nenek... Ibu... Ayah... suara kaukah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan
yang ingin memurtadkan saya??

"Mengucap, Sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah..."

Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara Ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang, "Mari ikut kami."

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya, "Mari
ikut kami." Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah
datang.

Apa ini, apa ini? "Akulah sakaratul maut...!!!!!!"

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini
seluruh jasadku diselimuti sejuk. Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah..."

saya tersentak. Rohku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun...
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai
yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah
yang amat busuk. Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?
Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya..."

"..."

Siapa yang memberi salam itu?

"saya"

Kau siapa wahai pemuda???

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. saya tidak pernah melihat orang yang sehodoh,
sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai
berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya
dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya... jijik, loya. saya
rasa teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal saya?"

Tidak!... jawabku tegas. Mana mungkin saya kenal kau sehodoh dan sejijik ini.

"saya sahabatmu, kau yang membuat saya hari-hari."

Bohong!... saya menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

saya tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini.

"Akulah amalanmu yang keji..."

saya terdiam. saya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya!... saya teringat kini, semuanya telah
pernah kudengar dan kupelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,
akan dijelmakan sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh
nanti.

Oh, Tuhan. saya banyak dosa. saya memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang
telah Kau kurniakan. Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku
bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak, tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat
untuk bertaubat. Apa yang saya harus lakukan???

Surah Yassin yang Abang pegang diletakkan di atas dahiku. saya melihat Kak Long dan Kak
Ngah menangis. saya juga lihat mata Abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air. Air apa
ini???

Tolong... Sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat saya??? saya malu... malu... malu...!!!!!!

saya diusung ke suatu ruang. saya lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya saya di atas
kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu saya dibungkus satu demi satu
dengan kain itu.

Nanti, tunggu!! Jangan bungkus saya. Kenapa kalian semua buat saya macam ini? Tolong...
Rimas.... panas...

Kemudian saya diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk Tok Imam mensolatkanku.
Kelihatan Ayah dan Abang berada di saf yang pertama. Tapi Kenapa saya disembahyangkan?
Bukankah saya boleh sembahyang sendiri?

saya teringat kata-kata ustazku dahulu, "Sembahyanglah kamu sebelum kamu
disembahyangkan." Dan kini baru saya sedar saya sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. saya diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam
kotak kayu.

Kotak apa ini. saya diusung oleh enam orang termasuk Ayah dan Abang. saya diusung
setapak demi setapak.

"Al-Fatihah!"

Kedengaran suara Tok Imam. Kelihatan Ibu, Kak Long, Kak Ngah dan lain-lain mengekori di
belakang, tapi ke mana dibawanya saya?

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku... Ke situkah saya dibawanya?
Tolong turunkan saya. saya takut!!!!!!

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa
tangan memegangku dan saya diturunkan ke dalam liang itu, "Perlahan-lahan..." saya terdengar
suara Tok Imam memberitahu.

Tolong keluarkan saya dari sini. saya seram!!! Kini saya berada di dalam liang sedalam enam
kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. Tanah apa ini?

Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah, "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun... Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali."


Kedengaran bacaan talkin dari Tok Imam, "Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu
benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar..."

Sayup-sayap saya terdengar Tok Imam terus membaca talkin tetapi makin lama makin hilang.
Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah
ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku. Terasa semakin
gelap dan... saya kini keseorangan.

Nanti! Nanti! Tolong! Tolong! Ayah, Ibu! Jangan tinggalkan saya seorang. saya takut!!! Gelap!!!
Panas!!! Tolong!!!!

amacam..ape pendapat korg ttg citer nie?komen ler skit...herm...oklah...
wassalam.....

0 comments:

 

Design by LyNn Easyanz